
Penambahan terbaru dalam siri pencetak rata Acuity menawarkan pelanggan fleksibiliti tambahan, peningkatan kelestarian dan kualiti cetakan yang lebih tinggi
Fujifilm hari ini mengumumkan pelancaran siri pencetak rata Acuity LED 40. Dibina berdasarkan kejayaan siri Acuity Select 20, dan kepakaran Fujifilm dalam pengeringan LED yang bermula sejak pelancaran Acuity LED 1600 tujuh tahun yang lalu, pelancaran ini menandakan kali pertama pencetak pengeringan LED tersedia dalam siri pencetak rata Acuity.
Siri pencetak Acuity LED 40 siri menggunakan pencetakan piezoelektrik skala kelabu yang memenangi anugerah dan mewarisi teknologi canggih yang dibangunkan untuk pencetak volum tinggi untuk memastikan tahap kualiti yang luar biasa. Siri ini sesuai untuk pembekal perkhidmatan percetakan volum sederhana yang semakin berkembang, dan pelanggan Acuity yang sedia ada dan ingin menaik taraf mesin mereka. Ia mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 15,000 m2 setahun, dengan kelajuan sehingga 53 m2 sejam. Model standard membolehkan pengguna membuat cetakan pada media atau objek dari sebarang saiz sehingga 1.25 x 2.5 meter, manakala untuk model X2 (saiz pencetak dua kali ganda), ia meningkat kepada 2.5 x 3.08 meter. Dengan keupayaan untuk membuat cetakan pada hampir semua jenis bahan tegar atau fleksibel, siri ini mempamerkan fleksibiliti aplikasi mesin Select 20 serta memberikan faedah tambahan seperti peningkatan kualiti, pengurangan kos lampu UV pakai habis dan pengurangan penggunaan tenaga untuk sistem pengeringan LED.
Pencetak Acuity LED 40 menampilkan dakwat LED baru, Uvijet KL, dan boleh didapati dengan empat, enam atau lapan saluran warna. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah dakwat berwarna terang dan varnis untuk aplikasi nilai tinggi yang mengagumkan, dan juga boleh menaik taraf kepada dakwat UV putih yang paling terang pernah disediakan oleh Fujifilm, untuk menghasilkan kualiti imej yang terbaik dalam mod cetakan perlahan, menjadikannya ideal untuk aplikasi fotografi dan seni halus. Tambahan pula, semua dakwat Uvijet Fujifilm diperakui oleh Greenguard Gold, maka semua cetakan boleh digunakan dengan selamat di sekolah-sekolah, hospital atau persekitaran runcit.
Lazimnya warna yang sukar untuk dikekalkan, sistem dakwat putih Acuity LED 40 boleh dibersihkan dengan mudah seperti warna-warna lain dengan Sistem Penyelenggaraan Automatik standard yang tersedia, dan boleh memulihkan fungsi muncung dalam beberapa saat sahaja, lantas mengurangkan kos operasi.
Siri ini direka agar mudah untuk digunakan dan menampilkan manfaat tambahan iaitu pemasangan segera untuk percetakan serta-merta. Ia menyingkirkan keperluan untuk menunggu pencetak memanas dan bermanfaat kepada pelanggan yang tidak membuat cetakan sepanjang hari.
Pencetak rata Acuity Fujifilm yang sedia ada dengan lampu UV konvensional menggunakan kuasa yang lebih rendah berbanding kebanyakan sistem yang paling kompetitif, termasuk sistem yang menggunakan pengeringan LED. Walau bagaimanapun, siri Acuity 40 menggunakan anggaran 30% kuasa yang digunakan oleh siri Acuity Select 20, lantas menunjukkan manfaat yang baik untuk alam sekitar dan menawarkan manfaat yang signifikan dari segi kos kepada pengguna.
Menurut Mike Battersby, Pengurus Pemasaran, FUJIFILM Graphic Systems Ltd: “Kami berbesar hati untuk menawarkan manfaat teknologi pengeringan LED untuk siri pencetak rata kami. Pelanggan kami kini lebih cenderung untuk mencari penyelesaian yang lestari untuk alam sekitar, dan untuk memaksimumkan kecekapan dan keuntungan. Siri Acuity LED 40 memberikan semua manfaat ini dengan menggabungkan fleksibiliti dan kebolehpercayaan siri pencetak rata Acuity yang sedia ada dengan keupayaan pengeringan LED yang telah dinikmati oleh ramai pengguna mesin Acuity FUJIFILM jenis suapan gulungan. Kami harap kami dapat berkongsi dengan pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada mengenai manfaat yang dapat diberikan oleh siri ini untuk perniagaan mereka.”
Mesin Acuity LED 40 akan dipamerkan untuk kali pertama di Eropah di pameran Fujifilm 2K11 di C!Print di Lyon mulai 5 hingga 7 Februari 2019.