Fujifilm melancarkan platform Acuity Ultra super lebar dan berkualiti tinggi di FESPA 2018

Acuity Ultra yang baru adalah platform UV super lebar yang berkualiti tinggi dan kos efektif untuk menghasilkan grafik dalaman dan papan tanda luar yang mewah.

Fujifilm hari ini mengumumkan pelancaran platform format super lebar baru yang dikenali sebagai Acuity Ultra untuk rantau Eropah, dengan pameran pertamanya di tapak FUJIFILM bernombor D50, Dewan 2.2 di Ekspo Cetakan Global FESPA 2018 di Berlin pada bulan Mei. Produk terbaru dalam rangkaian Fujifilm Acuity ini tidak seperti mana-mana produk yang tersedia dalam pasaran dan merupakan hasil penyelidikan pasaran yang ekstensif untuk memahami keperluan semasa pengeluar-pengeluar produk dengan format super lebar serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Ia membentuk bahagian penting dalam strategi perindustrian Fujifilm, dengan menawarkan saiz dan kualiti yang lebih tinggi untuk menjadikan pengeluaran grafik dalaman yang mewah lebih menguntungkan. Ia dibina berlandaskan teknologi inkjet UV Fujifilm dan menawarkan kualiti fotografi yang seakan gambar sebenar dengan penindihan warna yang lebih tepat dan kelajuan pengeluaran yang lebih pantas, dengan kos yang pasti menggoncangkan pasaran cetakan format super lebar.

Platform Ultra Acuity boleh didapati dalam model 5 meter dan 3.2 meter dengan lapan saluran warna, yang menggunakan dakwat Uvijet GS Fujifilm yang baru dan berkualiti tinggi, dengan berat filem yang rendah. Dakwat ini diluluskan oleh GREENGUARD dan telah direka khas untuk memberikan kualiti tertinggi dan mematuhi piawaian pelepasan untuk paparan grafik dalaman.

Dengan saiz titisan 3pl yang memastikan kualiti tertinggi, Acuity Ultra sangat sesuai untuk pasaran paparan dalaman yang eksklusif, khususnya untuk jenama mewah, dengan kualiti yang setanding dengan sistem dakwat lito dan dakwat berasaskan air yang terkemuka. Menggunakan teknologi UV konvensional, ia juga beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding mesin pengeringan LED, tetapi, oleh kerana meja vakum disejukkan secara cekap menggunakan air, pembentukan haba yang berlebihan pada plat cetak tidak berlaku, lantas tiada pengecutan.

Dengan daya pemprosesan sehingga 236m2 sejam, mesin ini mampu mencetak pada tiga gulung secara serentak, serta mencetak grafik format super lebar hingga lima meter lebar. Di samping itu, motor linear memastikan percetakan yang lancar dari tepi ke tepi, tanpa getaran pada hujung cetakan.

Menurut Kevin Rhodes, Pengurus Aplikasi Pemasaran, Sistem Dakwat Khusus Fujifilm: “Siri Acuity Fujifilm telah lama dikenali disebabkan kualiti dan kebolehpercayaannya dan, dengan menambah model super-lebar ini, kami kini menawarkan pelanggan peningkatan dalam kualiti dan produktiviti. Dengan lebar tambahan, yang memberikan pilihan untuk mencetak tiga gulung secara serentak, dan keupayaan untuk mencetak pada kelajuan tinggi tanpa menjejaskan kualiti, Acuity Ultra akan menarik perniagaan-perniagaan yang lebih besar dan jenama-jenama mewah utama, dan membantu mereka untuk meningkatkan tahap pengeluaran dan keuntungan dalam sektor yang sangat kompetitif.”

Sebilangan laman beta telah beroperasi di UK dan Sepanyol. Untuk melihat mesin baru ini, kunjungi pameran Fujifilm (2.2, D50) di Ekspo Cetakan Global FESPA 2018.