
Penambahan terkini dalam rangkaian Acuity Fujifilm menawarkan pelanggan pilihan yang lebih fleksibel and murah berbanding pencetak Acuity LED 1600 II yang berjaya
Fujifilm hari ini mengumumkan pelancaran mesin baru dalam siri Acuity, iaitu Acuity LED 1600R. Pencetak gulungan yang khusus dan mudah digunakan ini dioptimumkan untuk percetakan CYMK empat warna, tetapi mempunyai semua manfaat dari segi kualiti dan prestasi seperti model hibrid Acuity LED 1600 II yang sangat berjaya. Demonstrasi umum pertama untuk model baru ini akan diadakan di C!Print Lyon pada 6-8 Februari 2018 di tapak Fujifilm (2L36). Ia akan mula dijual secara komersial pada 1 Mac.
Eksklusif kepada Fujifilm dan menampilkan kepala cetak industri Dimatix kelas Q, Acuity LED 1600R menawarkan empat saluran, dengan pilihan naik taraf bermodul dalam lapangan sehingga lapan saluran. Ia menawarkan mod ketumpatan tinggi yang mampu mengendalikan media bergulung yang sensitif kepada haba sambil mencetak paparan yang menarik dan mengagumkan – menjadikannya sesuai untuk aplikasi cahaya belakang dan tingkap. Seperti Acuity LED 1600 II, ia menawarkan produktiviti yang tinggi sehingga 33m² sejam.
Ahli terbaru dalam rangkaian Acuity ini menghasilkan tahap haba yang rendah dan memerlukan jumlah dakwat yang lebih rendah serta kuasa yang kurang berbanding mesin-mesin serupa dalam pasaran. Ia juga boleh dipasang dengan serta-merta, dilengkapi dengan lampu UV LED dengan jangka hayat yang panjang, tidak membebaskan ozon atau VOC dan menggunakan hanya satu item pakai habis – iaitu dakwat.
Dakwat tersebut ialah dari siri dakwat Uvijet RL yang baru dan boleh didapati dalam CMYK dan CMYK serta sian muda dan magenta muda. Pilihan penaiktarafan modular untuk memasukkan warna putih juga tersedia, dengan pilihan sehingga lapan saluran untuk memasukkan dakwat jernih, juga akan ditambah lewat tahun ini. Direka untuk media bergulung, Uvijet RL dihasilkan oleh Sistem Dakwat Khas Fujifilm di UK, dan digabungkan dengan sistem pengeringan LED yang dipatenkan untuk mesin 1600R Fujifilm dan kepala cetak Dimatix, ia menghasilkan kualiti cetakan yang seakan gambar sebenar, pada kelajuan yang mengagumkan.
Menurut Tudor Morgan, Pengurus Segmen, Papan Tanda & Paparan di Sistem Grafik Fujifilm Eropah: “Fujifilm telah memantapkan perniagaan mereka dengan Acuity LED 1600 dan kemudian Acuity LED 1600 II, dengan hampir 1000 pemasangan di seluruh dunia. Berdasarkan kejayaan ini, kami kini menawarkan model yang menampilkan kelebihan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah, iaitu Acuity LED 1600R. Ia menawarkan peluang pelaburan yang besar untuk syarikat pencetak yang ingin menghasilkan kerja-kerja paparan format besar yang berkualiti tinggi – tanpa menjejaskan prestasi cemerlang yang telah memberikan Acuity LED 1600 II reputasi yang hebat.”